Thursday, November 25, 2010

Toko Tenaga Keluarga

Syarikat ini sudah lama beroperasi. Tapi ini kali pertama syarikat ini mengadakan blog bagi memudahkan pengunjung untuk mengetahui tentang produk-produk yang dikeluarkan syarikat ini. Syarikat ini mengeluarkan ubat herba tradisional. Syarikat ini diketuai oleh Encik Shahidin Mohd Noor dimana Encik Shahidin Mohd Noor memegang jawatan sebagai General Manager. Syarikat Toko Tenaga Keluarga juga mengambil tempahan membuat ubat-ubatan, teh herba, Kapsul dan tablet dari syarikat perniagaan herba tradisional lain. Toko Tenaga Keluarga manjadi pengilang dan mampu menghasilkan tempahan bagi syarikat- syarikat yang ingin berniaga herba tradisional lain.

Toko Tenaga Keluarga Sdn. Bhd diasaskan oleh allahyarham Tuan Haji Noh Bin Hj Kamar pada tahun 1988. Beliau merupakan seorang tabib yang terkenal dengan perubatan tradisional Malayu dan guru silat gayong.

Latar Belakang ilmu perubatan tradisional adalah berdasarkan apa yang dipelajari oleh beliau semasa menuntut ilmu agama dan perubatan di Ceribon, Jawa Tengah Indonesia selain dari warisan turun temurun turun temuru nenek moyangnya.

Setelah beliau meninggal dunia pada tahun1990 di Mekah, isterinya Puan Hajah Manasi binti Sukiman telah mengambil peranan beliau.

Kini Syarikat ini telah berdiri dengan kukuh dan mantap bersama pekerja-pekerja yang menjadi nadi dan pemangkin syarikat untuk terus berjaya dan mencipta sejarah menjadi pengeluar ubat yang terunggul di Pelusuk dunia.

Syarikat Toko Tenaga Keluarga Sdn.Bhd terletak di alamat PTB 10422 Jalan Ungku Aziz, Bandar Penawar fasa 3, 81930 Desaru Kota Tinggi, Johor. Syarikat ini boleh dihubungi melalui email tokojb@yahoo.com dan melalui telefon 07-822 1513 dan melalui fax 07-8221037. Sebarang temapahan boleh dilakukan dengan bahagian pengurusan syarikat.

No comments:

Post a Comment